Polis tingkat kawalan di WTC

Polis tingkat kawalan di WTC

ANTARA anggota polis yang berkawal di WTC bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin berikutan tular hebahan mengenai Himpunan Selamatkan UMNO #undurzahid.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis meningkatkan kawalan keselamatan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini bagi mengelak sebarang aktiviti himpunan atau protes tanpa permit.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, sebanyak 30 pasukan melibatkan 260 anggota dan pegawai dikerahkan bagi memantau seluruh kawasan itu.

Katanya, daripada jumlah itu, 16 pasukan dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Aman manakala bakinya dari IPK Kuala Lumpur.

“Kita menggunakan kekuatan menyeluruh untuk mengawal keselamatan orang awam.

“Pemantauan dibuat berterusan hingga kita berpuas hati dan keadaan semasa baik serta terkawal,” katanya kepada pemberita di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.

Terdahulu, tular hebahan mengenai Himpunan Selamatkan UMNO #undurzahid yang dijadual diadakan di lobi WTC pada pukul 2 petang ini.

Namun, tinjauan selama sejam di sini mendapati tiada sebarang himpunan atau pihak penganjur dilihat di lokasi ini.

Menurut sumber, himpunan itu dibatalkan susulan pembentukan kerajaan perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya