Polis tahan lelaki buang bendera parti

Polis tahan lelaki buang bendera parti

MOHD. YUSRI HASSAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki Orang Asli ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian khianat membuang bendera sebuah parti politik di Tapah, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan selepas laporan dibuat pengadu di Balai Polis Tapah semalam pada pukul 10.22 pagi.

“Satu laporan polis diterima daripada seorang lelaki berusia 60 tahun yang menerima maklumat dan mesej bergambar mengenai suspek yang membuang bendera Parti Warisan (Warisan) di sekitar jalan di Tapah.

“Hasil siasatan, kita menahan seorang lelaki Orang Asli keturunan Semai untuk siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Menurut beliau, individu atau kumpulan penyokong parti politik dinasihatkan tidak melakukan perbuatan khianat seperti mencabut, menconteng, membakar poster, gegantung dan kain rentang serta bendera parti politik.

“Tindakan ini boleh menyebabkan suasana yang tidak harmoni ketika berkempen kerana ia merupakan satu perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang,” katanya.

Sementara itu Mohd. Yusri berkata, sebanyak 36 laporan polis diterima semalam dan satu kertas siasatan dibuka menjadikan jumlah keseluruhan laporan polis sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ialah 95 laporan dengan tujuh kertas siasatan dibuka.

“Satu tangkapan dilakukan setakat ini, manakala sebanyak 300 permohonan permit ceramah diterima semalam daripada parti bertanding dengan kesemuanya diluluskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya