Polis pertingkat kawalan di ibu negara

Polis pertingkat kawalan di ibu negara

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkat kawalan di sekitar ibu negara dalam menghadapi Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor memaklumkan, sekatan jalan raya dilaksanakan pihaknya di Lebuhraya Persekutuan menuju ke Kuala Lumpur.

“Tujuan sekatan itu dibuat bagi menjaga ketenteraman awam bagi tempoh Pasca PRU-15 sehingga tertubuhnya kerajaan,” jelasnya ringkas.

Terdahulu, jalan utama menuju ke ibu negara dilaporkan sesak berikutan sekatan yang dijalankan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya