PN Terengganu yakin 4 kerusi Parlimen dalam genggaman

PN Terengganu yakin 4 kerusi Parlimen dalam genggaman

ARIFFIN DERAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Perikatan Nasional (PN) Terengganu yakin empat kerusi Parlimen sudah berada dalam genggamannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini iaitu Marang, Kuala Terengganu, Dungun dan Kuala Nerus.

Bagaimanapun, empat lagi kerusi Parlimen pula iaitu Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan Kemaman disifatkan agak sengit namun Pas masih berada di hadapan lawan.

Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh daripada jentera, penyokong dan akar umbi parti, Pas tetap berpeluang untuk menang di kelapan-lapan Parlimen itu.

“Ini kerana kempen lawan terutama Barisan Nasional (BN) sangat ‘sejuk’, lesu dan tidak serancak Pas terutama dari segi kekerapan ceramah dan pemasangan poster, kain pemidang dan bendera parti di seluruh Terengganu.

“Nampaknya BN tak begitu bersungguh dalam PRU15, pos (markas) pun ada buka sekejap kemudian tutup, ceramah pun tak ada sangat seperti Pas sekurang-kurangnya mesti ada empat ceramah di setiap Parlimen setiap malam.

“Calon lain seperti PH (Pakatan Harapan) dan GTA (Gerakan Tanah Air) serta calon Bebas tidak ada impak yang besar, kerana pertandingan ini seolahnya hanya antara Pas dan UMNO, jadi kita nampak memang kita masih mendahului di semua lapan kerusi Parlimen Terengganu,” katanya dalam sidang akhbar di sini,  hari ini.

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin PN akan merangkul kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu.

Ditanya mengenai kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak sesuai menjadi Perdana Menteri, Ariffin berkata, perkara itu tidak sepatutnya timbul kerana sejak dahulu lagi PN menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon mereka.

“Abdul Hadi tidak pernah bercita-cita atau isytihar dirinya mahu jadi Perdana Menteri, mengapa Kit Siang keluarkan kenyataan itu sedangkan kita tidak pernah ada isu berkaitan calon Perdana Menteri dalam PN.

“Mengenai tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada DAP pula, buktinya boleh dilihat sepanjang 22 bulan PH memerintah negara, kita boleh lihat DAP sudah tunjuk taring mereka dalam pelbagai tindakan yang dibuat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.