fbpx

PN selesai isu pembentukan kerajaan secepat mungkin 

MUHYIDDIN Yassin dalam sidang akhbar di Shah Alam, hari ini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan menyelesaikan isu pembentukan kerajaan secepat mungkin, selewat-lewatnya petang ini. 

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana pihaknya sedia menimbangkan mana-mana parti politik yang bersedia menerima dasar dan polisi yang diketuai PN. 

“Kita ada terima surat daripada pihak Istana Negara, kandungannya saya tak payah sebutkan yang telah pun memberi kepada kita perkara-perkara yang kita perlu sempurnakan mengikut kehendak Yang di-Pertuan Agong. 

“Perkara ini memerlukan kita mengambil langkah secepat mungkin, bermakna sebahagian daripada perbincangann perlu dilakukan pada esok hari (dan) diharap dapat dilaksanakan petang esok, Insya Allah,” katanya dalam sidang akhbar di Shah Alam, awal pagi ini. 

Terdahulu, PN mendakwa pihaknya sudah berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – UTUSAN

 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN