PN bantu peneroka, selamatkan Felda

PN bantu peneroka, selamatkan Felda

PENYOKONG PN Negeri Kedah mengangkat sepanduk ketika hadir ke ceramah umum PN di Pendang Commercial Centre, Pendang, Kedah, baru-baru ini. - FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjaya membantu peneroka dan menyelamatkan Felda daripada dibelenggu dengan bebanan hutang.

Dalam usaha meringankan beban peneroka, kerajaan PN telah melupuskan sebahagian pinjaman berjumlah RM8.3 bilion dengan melakukan pelarasan pinjaman bersyarat.

Selain itu, untuk memastikan generasi kedua memiliki kediaman yang selesa, Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai telah dibaik pulih demi memberi manfaat kepada peneroka.

Malah di bawah Tawaran PN Best, fokus diberikan kepada usaha memperkasakan generasi Felda dengan mewujudkan peluang ekonomi baharu dan program keusahawanan di samping menambah baik kemudahan asas yang ada.

Ini termasuk memastikan liputan internet yang meluas selain menyediakan rumah mampu milik.

Usaha juga dilakukan bagi meningkatkan pendapatan peneroka melalui pelbagai inisiatif yang telah dan bakal dirancang di mana manfaatnya adalah untuk kesejahteraan peneroka secara keseluruhan.

Skim-skim keusahawanan Felda turut diperkenal bagi menggalakkan penglibatan usahawan muda dalam aktiviti pertanian bernilai tinggi melalui penggunaan teknologi terkini dan automasi.

Bagi menyelamatkan Felda daripada belenggu hutang yang berterusan pula, kerajaan PN di bawah Muhyiddin telah menerbitkan sukuk bernilai RM9.9 bilion.

Sukuk dengan jaminan kerajaan ini adalah untuk pelan pemulihan Felda.

Ini bagi membolehkan agensi itu melaksanakan pelan pemulihan seperti yang dibentangkan oleh Pasukan Petugas Khas bagi bagi menangani isu Felda yang dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Oktober tahun lalu.

Antara cadangan yang diterima oleh Jemaah Menteri ialah penstrukturan semula hutang dengan institusi kewangan, meningkatkan pendapatan teras daripada tanah ladang Felda dengan menamatkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dan meningkatkan daya berdikari peneroka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya