fbpx

Pilihan raya Parlimen Padang Serai kekal enam penjuru

LIMA daripada enam calon Parlimen Padang Serai (dari kiri), Mohammad Sofee Razak: C. Sivarraajh; Azman Nasrudin; Hamzah Abd. Rahman dan Sreanandha Rao pada proses penamaan calon di Dewan Kompleks Sukan Taman Teknologi Tinggi Kulim. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

KULIM: Pakatan Harapan (PH) menamakan Dr. Mohammad Sofee Razak sebagai calon gabungan itu dalam pertembungan enam penjuru Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai.

Pengumuman nama Mohammad Sofee sekali gus melenyapkan spekulasi terdapat pertukaran saat akhir walaupun beliau diperkenalkan sebagai calon PH, semalam.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Abdul Bari Abdullah turut mengumumkan lima calon lain yang disahkan bertanding seperti proses penamaan calon pada 5 November lalu.

Mereka antaranya, Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional); Datuk C. Sivarraajh (Barisan Nasional); Mohd. Bakhri Hashim (Warisan); Hamzah Abd. Rahman (Pejuang) dan seorang calon Bebas, Sreanandha Rao.

Kelima-lima calon tersebut turut melakukan cabutan semula undi untuk menentukan susunan nama pada kertas undi.

Bagaimanapun, Mohd. Bakhri tidak hadir pada proses hari ini, namun penyertaannya tetap diterima memandangkan sudah menjalani proses sama pada 5 November lalu.

PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan calon PH sebelum ini, mendiang M. Karupaiya meninggal dunia pada 16 November lalu. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN