Pilih calon boleh bela nasib Orang Asli

Pilih calon boleh bela nasib Orang Asli

PITAL Tunggal di rumahnya di Kampung Orang Asli Guntur, Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. - UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Hanya mahu memilih calon wakil rakyat yang boleh membela nasib komuniti Orang Asli.

Itu hasrat kira-kira 400 penduduk Kampung Orang Asli Guntur di Batu Kikir, di sini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Guntur, Adnan Sulak, berkata, majoriti penduduk di kampung itu hanya bekerja kampung dan memiliki pendapatan rendah.

“Ada yang kerja di luar tetapi tidak begitu ramai. Kebanyakannya berkebun dan menoreh getah.

“Menoreh pun tidak banyak pokok, jadi ada antara penduduk di sini memang perlukan bantuan sebab mereka susah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Adnan, penduduk kampung juga melihat calon dan parti yang diyakini serta terbukti dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Kami masyarakat orang Asli juga inginkan pembangunan dan manfaat yang sewajar untuk dinikmati sebagai rakyat Malaysia. Kami memilih calon yang tidak meminggirkan kami,” katanya.

Sementara itu seorang penduduk, Pital Tunggal, 61, berharap wakil rakyat selepas ini dapat membantu bagi menggantikan rumahnya yang kini uzur.

“Rumah saya sekarang, yang saya buat sendiri ini, ia tidak kukuh sebab diperbuat daripada papan terpakai dan buluh.

“Saya hanya bekerja kampung tiada pendapatan tetap. Memasak pun masih menggunakan kayu api termasukl bekalan elektrik yang terpaksa berkongsi dengan rumah anak,” katanya yang meminta kerajaan baharu yang terbentuk kelak dapat menunaikan hasratnya itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya