Pihak lawan akan buat apa sahaja untuk memecahbelahkan BN - Tok Mat - Utusan Malaysia

Pihak lawan akan buat apa sahaja untuk memecahbelahkan BN – Tok Mat

MOHAMAD Hasan bertemu orang ramai yang hadir pada majlis Sepetang Bersama Tok Mat di Dewan Belia Felda Raja Alias 2, Bandar Seri Jempol di Jempol, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan pihak lawan akan melakukan pelbagai perkara untuk memecahbelahkan kepemimpinan BN terutama menjelang hari pengundian pada 19 November ini.

“Macam-macam mereka akan buat untuk memecahkan kami, itu tidak akan jadi kudis,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sepetang Bersama Tok Mat di Dewan Belia Felda Raja Alias 2, Bandar Seri Jempol di sini hari ini.

Hari ini, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menafikan mesej WhatsApp yang tular membabitkan dirinya yang disifatkan beliau palsu dan berunsur fitnah.

Antara kandungan mesej tular itu termasuk mendakwa beliau memberi arahan menamatkan hayat politik Mohamad yang turut bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen Rembau.

Sementara itu Mohamad berkata, tiada isu besar yang perlu didepani BN sehingga ke hari ini berbanding apa yang berlaku pada pilihan raya umum yang lalu.

“Tiada isu besar kali ini, hanya mereka tuduh supaya jangan undi BN kerana (menyebabkan) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi jadi Perdana Menteri. Parti telah buat keputusan, calon kami ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tetapi terpulang budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa untuk melantik.

“Tiada isu besar, seperti orang kata gunung berapi hendak meletup, tiada, kalau dibandingkan pada PRU14, memang sengit tetapi kali inI tenang dan tiada provokasi, saya harap ini akan dapat berterusan sehingga hari mengundi, tiada kejadian yang tidak diingini dan insya-Allah kami boleh tubuh kerajaan pada malam 19 November nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya