Persediaan akhir sebelum hari mengundi

Persediaan akhir sebelum hari mengundi

PETUGAS SPR membuat persediaan untuk hari mengundi PRU15 esok di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tong Wah di Bagan Serai, Perak. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Menjelang hari mengundi  Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok, para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sibuk menyiapkan kelengkapan seperti peti undi dan sebagainya untuk proses membuang undi di pusat membuang undi di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia di pusat membuang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tong Wah di sini hari ini mendapati, seramai 13 petugas SPR sibuk membuat persiapan terakhir sebelum hari mengundi esok.

Mereka menjalankan sesi semakan peralatan dan semakan wajib membabitkan kertas undi, dakwat dan sebagainya. 

Jurucakap Petugas Pilihan Raya di situ, Shahidan Hashim, berkata, seramai 13 petugas SPR ditugas untuk mengendalikan proses mengundi di pusat mengundi itu.

“Petang ini kami menyiapkan segala peralatan bagi kemudahan pengundi yang hadir esok. Pengundi akan datang ke meja petugas bagi membuat semakan sebelum masuk ke tempat membuang undi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain itu, para petugas SPR juga menggantung kain rentang di luar pagar sekolah bagi menandakan sekolah itu menjadi pusat membuang undi untuk Parlimen Bagan Serai (P058) dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol (N11).

Pada PRU15, jumlah pengundi di Perak meningkat lebih 11 peratus dengan pertambahan 112,000 pengundi baharu muda, susulan pendaftaran automatik Undi 18. Pertambahan tersebut menjadikan jumlah pengundi berdaftar ketika ini seramai 2.1 juta orang. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.