Pernah dibayar RM50 nyanyi 20 lagu- Aina Abdul - Utusan Malaysia

Pernah dibayar RM50 nyanyi 20 lagu- Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Aina Abdul mendedahkan, pernah melalui jalan sukar sebelum menikmati populariti apabila hanya dibayar RM50 selepas menyanyikan 20 lagu untuk persembahan satu malam.

Kongsinya, walaupun sedikit dan terpaksa membahagikan jumlah tersebut dengan lima ahli band lain, dia akur itu jalan kehidupan dan pengorbanan yang terpaksa dilalui demi sebuah mimpi.

“Pernah juga saya menyanyi tiga malam berturut-turut tanpa ada penonton di hadapan. Ada ketika, hanya dua hingga tiga orang sahaja.

“Ada masa dapat RM50 sahaja. Kadang-kadang, bayaran pun tak ada. Kena bahagi lagi dengan ahli band. Itu memang pengorbanan dan pengalaman yang saya tidak akan lupa.

“Tetapi, saya pegang satu prinsip dari zaman menyanyi di kelab. Walaupun tidak ada orang, bayaran tidak untung, saya kena teruskan juga,” kongsinya kepada Utusan Malaysia.

Tambah penyanyi Kasih Merintih itu, dia harus mencuba menghasilkan karya dan mencipta imej sebaik mungkin walaupun menerima kecaman serta kritikan daripada segelintir warganet yang tidak berpuas hati.

“Ramai tidak tahu saya pernah menyanyikan lagu tema filem Tombiruo: Penunggu Rimba. Ketika itu, saya tidak begitu dikenali. Jadi, apabila Sumpah berjaya menembusi carta radio dan diterima ramai, saya tidak boleh berundur.

“Saya kena all out. Saya bermula pada usia 28 tahun dan orang anggap lambat. Bila dapat peluang, saya tidak akan sia-siakan.

“Disebabkan itu, saya tidak kisah orang kata fesyen pelik atau dikritik melampau, semuanya saya telan sahaja. Itu bayaran untuk mimpi saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya