Pernah 12 kali alami alopesia, Elizabeth Tan hidap autoimun

Pernah 12 kali alami alopesia, Elizabeth Tan hidap autoimun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan mendedahkan menghadapi masalah alopesia atau keguguran rambut kritikal akibat penyakit autoimun yang dihidapi sejak kecil.

Jelas Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Lizzy, dia sering berdepan masalah tompokan botak di kepala yang boleh merebak menjadi lebih besar.

“Saya alami autoimun sejak usia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit di kepala.

“Pada 2018, saya menghidap autoimun yang menjadi penyebab saya berdepan alopesia. Akibatnya, saya mengalami tompokan botak di kepala yang kadang-kadang merebak menjadi lebih besar.

“Jujurnya, masalah ini susah sembuh. Jadi, saya hanya bergantung kepada krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu daripada merebak. Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi,” ujarnya.

Lizzy ditemui ketika sidang media Festival Filem Malaysia ke-32, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Lizzy berkata, dia takut untuk mengandung kerana tidak mahu penyakit itu diwarisi anak-anaknya.

“Sebelum ini, saya tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada orang ramai, terutama peminat.

“Setiap kali tompokan botak baru timbul, saya sedih dan tertekan. Tetapi, saya tidak beritahu sebab tidak mahu orang simpati atau kasihan.

“Saya juga takut untuk mengandung sebab tidak mahu anak-anak turut mengalami masalah sama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN