Penyanyi Irene Cara meninggal dunia

Penyanyi Irene Cara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Penyanyi dan pelakon yang popular dengan lagu yang menjadi runut bunyi filem Fame pada 1980, Irena Cara meninggal dunia di rumahnya di Florida.

Punca kematian selebriti yang lahir pada 1959 itu bagaimanapun, masih belum diketahui lagi.

Cara pernah menulis dan menyanyikan lagu popular, Flashdance… What A Feeling sehingga merangkul anugerah Oscar dan Grammy.

Mendiang yang dilahirkan di Bronx, New York merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan memulakan kerjaya di stesen televisyen berbahasa Sepanyol.

Bapanya berasal dari Puerto Rico, manakala ibunya dari Cuba.

Cara pernah merakamkan lagu sejak kecil dalam bahasa Sepanyol dan Inggeris serta muncul dalam beberapa muzikal Broadway.

Pada 1980, namanya meledak selepas menyanyikan lagu yang menjadi runut bunyi filem Fame.

Namanya juga pernah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Golden Globe pada 1981.

Pengurusnya, Judith A Moose memuji mendiang sebagai bakat besar yang meninggalkan legasi dalam bidang muzik dan filem.

Moose juga memaklumkan Cara sudah mengusahakan beberapa projek sebelum meninggal dunia dan sebagai pengurus, dia akan menyelesaikan kerja tersebut.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.