Peniaga rayu baik pulih segera bangunan kedai

Peniaga rayu baik pulih segera bangunan kedai

SEKUMPULAN peniaga menunjukkan kesan kebakaran yang masih belum dibaiki menyebabkan perniagaan mereka tidak boleh beroperasi di Jalan Peteri, Sungai Petani, Kedah – UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Persatuan Pe­naja Penjaja-Penjaja Kecil Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) Jalan Peteri, di sini memohon pihak berkaitan menyegerakan baik pulih 26 buah kedai yang terbakar tiga minggu lalu kerana hilang punca pendapatan ekoran tidak dibenarkan berniaga.

Perkara yang merunsingkan adalah sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil untuk mengatasi masalah itu.

Pengerusinya, Hamidun Yusuf, 61, berkata, pihak berkaitan diharap lebih peka nasib peniaga di situ yang bukan sahaja rugi kerana barangan dan hasil jualan musnah terbakar tetapi hilang punca pendapatan utama menyara keluarga.

“Walaupun difahamkan pi­hak terbabit masih berurusan dengan pihak berkuasa membabitkan insurans, keselamatan bangunan dan sebagainya, biarlah ia segera diselesaikan bagi membolehkan kami kembali berniaga di sini,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga aksesori untuk pasukan ke­selamatan, Azam Abdul Manaf, 42, berkata, sejak kejadian itu dia hanya bergantung hidup kepada wang simpanan dan bantuan sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Peniaga emas, Shaharudin Azmi, 55, pula berkata, pihak terbabit sepatutnya peka tentang nasib mereka dengan mencari lokasi perniagaan sementara buat peniaga terlibat.

“Mungkin proses baik pulih atau merobohkan terus ba­ngunan ini dalam perancangan pihak terbabit, tetapi sementara menantikan proses itu berlangsung tolonglah cari kawasan lain untuk membolehkan kami meneruskan perniagaan,” katanya.

Dalam kebakaran itu, seba­nyak 13 premis perniagaan melibatkan kedai gunting rambut, kedai jahitan, pusat kecantikan dan kedai buku di bangunan berstruktur papan yang dibina pada tahun 1970 itu musnah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN