Pengundian berasingan Padang Serai beri kelebihan kepada BN

Pengundian berasingan Padang Serai beri kelebihan kepada BN

JAMIL KHIR BAHAROM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERAI: Penangguhan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Padang Serai selepas salah seorang calon yang bertanding di kerusi itu meninggal dunia dilihat bakal memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penangguhan itu membolehkan jentera parti memberi tumpuan penuh untuk pemilihan berasingan di Padang Serai pada 7 Disember ini.

“Kita ada ruang yang sangat baik kerana berdasarkan tujuh pilihan raya kecil (PRK) yang dilalui bermula Cameron Highlands hingga ke yang terakhir di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, tumpuan seluruh jentera terarah ke kawasan itu.

“Kita ada jentera yang tersusun dari atas ke bawah. Oleh itu, penangguhan yang dibuat memberi ruang kepada BN secara keseluruhan membantu untuk pilihan raya di Padang Serai,” katanya ketika ditemui di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Eng, Teroi, di sini.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai, ditunda kepada 7 Disember ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, penamaan calon bagi PRU kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember.

Dalam pada itu, Jamil Khir yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jerai berkata, pemerhatian terhadap proses pengundian berjalan lancar dengan cuaca dilaporkan baik.

“Kebanyakan yang hadir mengundi pada awal pagi terdiri daripada pengundi saluran satu iaitu golongan warga emas, manakala orang muda mungkin akan datang sebelah petang,” katanya.

Pada PRU15, Parlimen Jerai yang secara tradisinya hanya ditandingi oleh calon BN dan Pas, kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN); Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Untuk rekod, Jamil Khir pernah memenangi kerusi Parlimen Jerai pada PRU13 dengan menewaskan penyandangnya, Mohd. Firdaus Jaafar daripada Pas dengan majoriti sebanyak 1,196 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.