Pengundi muda bawa kuasa perubahan di Kepala Batas - Siti Mastura - Utusan Malaysia

Pengundi muda bawa kuasa perubahan di Kepala Batas – Siti Mastura

SITI MASTURA MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Calon Perikatan Nasional (PN) yang mencipta kejutan memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengakui pengundi muda banyak menyumbang ke arah kemenangan beliau di kerusi itu.

Dr. Siti Mastura Muhammad, 33, berkata, beliau melihat pengundi muda sebagai ‘power changer’ atau kuasa perubahan dan perkara itu ditekankan dalam setiap ceramahnya sepanjang berkempen sebelum ini.

“Saya sebut bahawa kita nak bawa satu perubahan politik untuk anak muda khususnya kerana ramai beranggapan politik ini kotor, orang tak suka.

“Jadi, kita nak beritahu anak muda, inilah politik yang sebenar iaitu politik matang. Paling penting ialah, semua rakyat dapat menikmati kebajikan,” katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai pemenang kerusi itu malam tadi.

Siti Mastura menang selepas memperoleh 28,604 undi dengan majoriti sebanyak 2,867 undi mengatasi penyandang kerusi Parlimen tersebut, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dengan 25,737 undi.

Dua lagi calon iaitu Danial Abdul Majeed (Muda – PH) serta Hamidi Abu Hassan (Pejuang) masing-masing memperoleh 14,214 dan 747 undi.

Mengulas lanjut, Siti Mastura yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat Pas negeri memberitahu, nikmat kemenangan pada PRU15 ini bukan untuk dibangga-banggakan atau disalah guna bagi ‘mengkayakan’ diri sendiri.

“Tapi, insya-Allah, dengan ruang dan peluang yang diberikan oleh warga Kepala Batas, saya bersama jentera memohon untuk kita sama-sama membuka ‘buku’ baharu atau menambah baik apa yang terdapat di Kepala Batas.

“Terima kasih kepada semua yang mengundi saya dan saya doakan agar Kepala Batas menjadi tempat yang terbaik untuk semua,” katanya yang berhasrat menemui seramai mungkin pengundinya selepas ini bagi menyatakan penghargaan atas kemenangan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya