Pengerusi PH Sabah tewas di Tawau

Pengerusi PH Sabah tewas di Tawau

CHRISTINA LIEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew tewas kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Lo Su Fui di kerusi Parlimen Tawau yang menyaksikan pertembungan enam penjuru.

Su Fui menang dengan majoriti 3,800 undi setelah memperoleh 19,865 undi manakala, Christina memperoleh 16,065 undi.

Empat calon lain, KC Chen Ket Chuin mewakili Parti Warisan (Warisan) memperoleh 11,263 undi, Mohd. Salleh Bacho (Bebas) memperoleh 1,776 undi, Herman Amdas dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 1,067 undi dan Chin Chee Syn (Bebas) memperoleh 651 undi. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya