Pengerusi BN Perak menghadap Sultan Nazrin - Utusan Malaysia

Pengerusi BN Perak menghadap Sultan Nazrin

SAARANI Mohamad melambai ke arah petugas media ketika memasuki Istana Kinta di Ipoh untuk menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipercayai berkaitan pembentukan kerajaan negeri hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini dipercayai berkaitan pembentukan kerajaan negeri di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kereta yang dinaiki bekas Menteri Besar Perak itu tiba di Istana Kinta pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Howard Lee Cuan How dilihat memasuki istana.

Ini memperkuat lagi dakwaan Pakatan Harapan (PH) dan BN akan membentuk kerajaan negeri Perak.

Begitupun setakat ini belum ada sebarang pengesahan daripada kedua-dua parti mengenai kerjasama mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Pada PRU15, PH menang 24 kerusi, Perikatan Nasional (PN) 26 kerusi manakala BN sembilan kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.