Pengarah Azhari Zain meninggal dunia akibat angin ahmar

Pengarah Azhari Zain meninggal dunia akibat angin ahmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah, Azhari Md Zain, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 12.15 tengah malam tadi selepas sembilan bulan menderita penyakit angin ahmar.

Perkara tersebut disahkan isterinya, Wahizatul Nureen Azmi atau Nureen yang memaklumkan, arwah suaminya meninggal dunia di kediaman mereka di Sunway Alam Suria, Shah Alam.

Nureen berkata, jenazah akan dimandi dan disolatkan di Masjid Ar-Raudhah, Seksyen U10, Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, Klang, pagi ini.

Allahyarham Azhari, 50, sebelum ini dilaporkan terkena serangan angin ahmar dan pernah kritikal apabila saluran darah dalam otak tersumbat.

Bagaimanapun, proses pemulihan pengarah filem ini mula menampakkan perkembangan positif sekitar Julai lalu.

Allahyarham memulakan kerjaya seninya pada 2004 dan pernah menjadi penulis dalam banyak projek filem antaranya Tangkai Jering, Potret Mistik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung dan Duyung.

Selain itu, arwah juga pernah mengarahkan filem Jin Notti, Santau, Zoo, Hantu Dalam Botol Kicap dan Mantra.

Allahyarham yang juga Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Falkulti Filem, Teater Dan Animasi, Universiti Tekonologi MARA (UiTM), Puncak Perdana meninggalkan seorang isteri dan tiga cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.