Penganggur didakwa tipu wanita RM1,500 - Utusan Malaysia

Penganggur didakwa tipu wanita RM1,500

M.NANTHINI (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi didakwa atas pertuduhan menipu. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penganggur wanita didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menipu sehingga mendorong mangsa memasukkan wang tunai berjumlah RM1,500 tahun lalu.

Tertuduh, M.Nanthini, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohamad Ibrahim Muhammad Ghulam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu seorang wanita berusia 25 tahun untuk mempercayai bahawa tertuduh ada memasukkan wang ke dalam akaun miliknya sehingga mendorong wanita itu menyerahkan harta wang tunai berjumlah RM1,500 kepada tertuduh.

Wanita itu tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdaya sedemikian.

Kesalahan dilakukan di sebuah bank di Pekan Nilai, Nilai pada pukul 2.34 petang, 24 Disember 2021.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara selama tempoh boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, J.Darshini memohon jaminan yang minimum atas alasan akan dijamin oleh ibunya dan ayah yang sedang sakit.

“Tertuduh akan dijamin oleh ibunya yang bekerja sebagai kerani dengan pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan. Ibu mangsa perlu menyara tiga orang anak serta ayah tertuduh mempunyai sakit jantung,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 13 Disember depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.