Pemimpin PN tunggu keputusan Majlis Raja-Raja, Peja belanj

Pemimpin PN tunggu keputusan Majlis Raja-Raja, Peja belanja nasi beriani

WAKIL Ahmad Faizal menghantar nasi beriani kepada petugas media yang menunggu di Jalan Setia Bakti 2, di sini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang tiba di kediaman Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sedang menunggu keputusan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang diadakan di Istana Negara, hari ini.

Perkara itu difahamkan susulan Mesyuarat Khas itu diadakan hari ini bagi membincangkan pelantikan Perdana Menteri Ke-10.

Perbincangan khas itu bertujuan untuk Seri Paduka mendapat pandangan Raja-Raja Melayu bagi membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meraikan petugas media yang menunggu di sini dengan menghantar nasi beriani sebagai makanan tengah hari.

Kira-kira 30 pek nasi berkenaan dihantar oleh wakil Timbalan Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Peja kepada pengamal media di Jalan Setia Bakti 2, Bukit Damansara di sini.

Terdahulu, selain Ahmad Faizal, antara pemimpin yang dipercayai tiba di kediaman Muhyiddin di sini adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusoff; Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Selepas lima hari, kerajaan baharu masih gagal dibentuk walaupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selesai Sabtu lalu ekoran tiada parti yang mendapat undi majoriti mudah 112 bagi membentuk kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.