fbpx

Pemangku Raja Pahang tiba di Istana Negara

PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memasuki perkarangan pintu Istana Negara pada jam 10.20 pagi.

KUALA LUMPUR : Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba dilihat memasuki Istana Negara sekitar pukul 10.20 pagi.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, perbincangan khas ini adalah bertujuan mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi membolehkan Seri Paduka Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat. –UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN