Pemandu jentolak maut tertimbus tanah runtuh

Pemandu jentolak maut tertimbus tanah runtuh

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Cameron Highlands mengeluarkan mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja di Cameron Highlands, Pahang. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pemandu jentolak berusia 37 tahun maut akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands, dekat sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.54 tengah hari dan mangsa yang tertimbus itu dikeluarkan pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, pasukan penyelamat mendapati berlaku kejadian tanah runtuh yang mana sebuah jentolak turut tertimbus.

“Didapati terdapat seorang mangsa di lokasi kejadian dipercayai pemandu jentolak tersebut. Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya