Pekerja ladang terkejut jumpa bom lama

Pekerja ladang terkejut jumpa bom lama

DUA butir bom lama yang dijumpai sekumpulan pekerja di Ladang Kelapa Sawit Felcra Tebing Tinggi, Segamat dimusnahkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Beberapa pekerja terkejut dan tergamam apabila menjumpai dua butir bom lama di Ladang Kelapa Sawit Felcra Tebing Tinggi, di sini semalam. 

Salah seorang pekerja tersebut yang tidak mahu dikenali berkata, ketika kejadian, dia dan beberapa rakannya membersihkan kawasan di sekitar ladang kelapa sawit itu.

“Saya menebas semak samun di kawasan sekitar ladang ini seperti biasa. Tiada apa-apa yang pelik berlaku.

“Setibanya di kawasan tersebut, saya terpandang sebutir besi karat berbentuk bujur. Mula-mula saya rasa nak sentuh tetapi terdetik dalam hati mungkin ini bom lama. Dengan hati yang berdebar-debar, saya segera berundur dan menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan UPB IPD Segamat menjalankan tindakan pemusnahan ke atas  bom tersebut menggunakan teknik high order menerusi kaedah elektrik.

Polis Johor menasihati orang ramai melaporkan segera ke mana-mana balai polis berhampiran sekiranya menjumpai objek yang mencurigakan, termasuk bom.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengusik, mengalihkan atau menggerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.