Pegawai Yayasan Perak didenda RM17,000 palsukan dokumen

Pegawai Yayasan Perak didenda RM17,000 palsukan dokumen

ABDUL Malek Mansor (tengah) dijatuhi hukuman denda RM17,000 di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini selepas didapati bersalah memalsukan dokumen sebut harga, empat tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pegawai Yayasan Perak didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan dokumen sebut harga pembekalan pakej pakaian sukan, empat tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Malek Mansor, 50, juga berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan setelah Abdul Malek mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan curang menggunakan sebagai tulen satu dokumen sebut harga Olala Network, Ref. No: 24597 bertarikh 2 Ogos 2018 berjumlah RM63,650.

Dokumen tersebut adalah untuk pembekalan pakej pakaian sukan Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri (PESAYA) ke-19 bagi tahun 2019 yang diketahui sebagai dokumen palsu.

Dia yang bertugas sebagai penolong pegawai pentadbiran Yayasan Perak didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Yayasan Perak dalam daerah Kinta pada 2 Ogos 2018.

Pendakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum bawah Seksyen 465 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh yang ditangkap pada 26 Januari lalu membayar denda berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya