fbpx

Pecat Ka Siong, bubar MCA – Jamal Yunos

JAMAL MD. YUNOS

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) digesa memecat Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong susulan kenyataan celuparnya menggesa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan.

Pengarah Komunikasi BN Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, selain tindakan dipecat, MCA juga digesa berundur daripada BN.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar tersebut berkata, pemimpin itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan bersendirian sedangkan kepemimpinan tertinggi sudah bermesyuarat malam tadi.

“Saya mohon kepada Pengerusi BN mengeluarkan surat untuk beliau dipecat. MCA yang kena berundur, MCA ini sepatutnya sudah tidak wujud.

“Apabila melihat perangai MCA saya rasa BN perlu dibubarkan dan UMNO kena bersendirian.

“Tiada guna berada ada dalam komponen BN tetapi seolah-olah mereka yang menjadi ‘abang long’ dan besar kepala. Padahal mereka bukan ada apa-apa pun,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Jamal turut mencabar MCA agar bertanding di kawasan masyarakat Cina pada pilihan raya umum akan datang jika mereka mempunyai sokongan yang kuat.

“Mereka hanya berani bertanding kawasan majoriti orang Melayu, kalau berani bertanding lah di Bukit Bintang, Seputeh dan sebagainya.

“Kenyataan beliau amatlah biadap kerana mereka hari-hari berjumpa dan sentiasa mengeluarkan kenyataan,” katanya. –

Sementara itu, Jamal berkata, lebih 100 ketua bahagian UMNO akan berhimpun di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia (WTC) esok, sebagai tanda protes terhadap kenyataan Ka Siong.

Katanya, perjumpaan itu dibuat pada pukul 3 petang.

UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN