PDRM Sabah tawar diskaun 50 peratus bayaran saman trafik

PDRM Sabah tawar diskaun 50 peratus bayaran saman trafik

IBU Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah. -UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 50 peratus bagi kesalahan terpilih.

Tawaran diskaun yang bermula dari 28 November hingga 4 Disember ini diumumkan dalam laman Facebook rasmi Polis Sabah.

Pembayaran saman boleh dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) dan seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri Sabah.

Bayaran saman boleh dilakukan bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Polis Sabah memaklumkan tawaran diskaun itu diadakan sempena program Persidangan Pelancongan Sedunia (World Tourism Conference) 2022.

Walau bagaimanapun, saman bagi kesalahan-kesalahan ini dikecualikan daripada diberikan diskaun iaitu saman kemalangan tahun semasa, saman berstatus bicara mahkamah, kesalahan Op Selamat tahun semasa, enam kesalahan utama, saman berstatus waran tangkap semasa, saman berkaitan ekzos dan saman berkaitan lori (B).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.