Pasukan saya orang tempatan - Wan Azizah

Pasukan saya orang tempatan – Wan Azizah

WAN Azizah Wan Ismail (kanan) berbual dengan anggota bomba semasa melawat Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerimaan positif yang diperoleh daripada penduduk Parlimen Bandar Tun Razak menerusi kempen selama seminggu lalu ternyata memberi semangat kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk mengajak mereka keluar mengundi dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Meskipun ada yang memainkan sentimen beliau bukan orang tempatan, Wan Azizah menegaskan, pasukanny adalah orang tempatan yang sekian lama berjuang untuk penduduk di kerusi itu.

“Walaupun saya dengar ada yang cakap saya ini orang luar, pasukan saya adalah orang tempatan. Mereka penduduk di Bandar Tun Razak malah masih setia dengan PH dan tidak terikut-ikut untuk ‘membuat lompatan’.

“Yang penting, kita ingin bangunkan kawasan ini dengan lestari dan apa yang telah dibangunkan selama ini, kita perlu lihat masalah dan perbaiki. Tinggal di kawasan bandar, masalahnya sudah tentulah seperti kepadatan penduduk, parkir, pendapatan yang tidak mencukupi.

“Semua itu kita akan cuba atasi secara berperingkat dan tangani dengan baik,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semasa membuat lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, semalam.

Kata calon berusia 69 tahun itu, baki empat hari sebelum hari pengundia Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) digunakan sehabis mungkin bagi memastikan tiada peratusan rendah keluar mengundi di kerusi Parlimen itu.

“Insya-Allah, ramai yang akan keluar mengundi, itu salah satu usaha kita untuk penduduk Parlimen ini kerana tidak mahu mereka berasa penat dan lelah yang sama walaupun kita pernah menang empat tahun lalu. Kita mahu mereka jalankan tanggungjawab dan sudah tentu undian mereka amat penting untuk PH,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN