Pasukan Jentera Bantuan BN bantu mangsa banjir Sepang

Pasukan Jentera Bantuan BN bantu mangsa banjir Sepang

ANUAR Basiran (kiri) berbual dengan mangsa banjir ketika meluangkan masa melawat mangsa banjir di PPS di Dewan Komuniti Dengkil, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Barisan Nasional (BN) menubuhkan pasukan jentera bantuan bagi menyelaraskan usaha penyaluran bantuan secara sistematik kepada mangsa banjir di Sepang.

Calon parti itu untuk kerusi Parlimen berkenaan, Anuar Basiran berkata, BN paling ke hadapan dalam menyantuni mangsa banjir di seluruh daerah itu dan pihaknya menerima tidak henti menerima panggilan masyarakat yang memohon bantuan seawal pukul 3 pagi.

Pembentukan skuad khas jentera tersebut, Anuar berkata, mereka diletakkan di semua PPS di samping bersiap siaga memantau perkembangan banjir di kawasan ditetapkan.

Ujar beliau, sekiranya air didapati tidak surut pada hari pengundian pula, jentera berkenaan akan membantu mangsa untuk dapat digerakkan terus ke pusat pengundian dengan lancar.

“Saya sendiri ‘turun padang’ bagi menemui mangsa banjir di kesemua lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beberapa kali sepanjang hari ini untuk terus menyantuni mereka,” katanya ketika ditemui selepas sesi tinjauan mesra di Cyberjaya lewat malam tadi. 

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa setakat pukul 11 malam tadi, bilangan mereka yang berada di lima PPS dalam daerah tersebut hanyalah 778 orang daripada 211 keluarga.

Justeru, beliau berharap bencana berkenaan akan kembali pulih dalam masa terdekat kerana berdasarkan laporan, banjir itu bersifat sementara dan bukan disebabkan monsun Timur Laut.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan bahawa BN sentiasa memastikan isu kebajikan dan keselamatan mangsa menjadi keutamaan meskipun Pilihan Raya Umum (PRU) berakhir kerana parti berkenaan bukanlah hanya muncul ‘bekerja’ menolong rakyat ketika musim PRU semata-mata, malah sentiasa berbakti sepanjang masa selepas habis pengundian kelak.

“Kita ada trek rekod amat baik dan bukan macam parti-parti lawan yang cuma datang tunjuk muka sekejap di PPS, bahkan luar PRU pun BN paling cepat menyantuni mangsa,” katanya yang bakal bersaing dengan calon Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Parti Pejuang Tanah Air, Parti Rakyat Malaysia dan dua lagi calon Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya