Pas diperalat dalam PN demi kepentingan Bersatu - Ismail Sabri

Pas diperalat dalam PN demi kepentingan Bersatu – Ismail Sabri

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) hadir pada Kenduri Kampung Bersama Penduduk Kampung Bohor Baru di pekarangan Dewan Orang Ramai Kampung Bohor Baru di Bera, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya memperalat Pas dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) demi kepentingan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, dalam soal itu, yang mendapat keuntungan bukan Pas sebaliknya Bersatu. 

“PN ini untungkan Bersatu, kalau kita lihat di Bera ini Bersatu tiada jentera. Bilik gerakan yang ada di Bera kebanyakannya bilik gerakan Pas. Ahli Pas lebih ramai dari Bersatu.

“Situasi ini saya kira bukan sahaja di Bera malah seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas Kenduri Kampung Bersama Penduduk Kampung Bohor Baru di pekarangan Dewan Orang Ramai Kampung Bohor Baru, di sini hari ini. 

Ismail Sabri yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera berkata, Pas tidak belajar daripada apa yang sudah berlaku di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor. 

“Di Melaka, Pas tidak menang satu kerusi pun sebab bekerjasama dengan Bersatu. Walaupun cita-cita besar mereka untuk lantik ketua menteri wanita pertama, yang menjadi mangsanya adalah Pas. 

“Begitu juga di Johor yang saya kira sepatutnya Johor kubu Bersatu kerana dua kali menjadi Menteri Besar. Tetapi dalam PRN Johor mereka kalah teruk termasuk Pas,” kata penyandang Ahli Parlimen Bera itu.

Beliau percaya pada PRU15, Pas boleh kecundang di kerusi ditandingi mereka jika masih berharap kepada Bersatu. 

“Seperti saya kata tadi, Pas diperalat oleh Bersatu, jadi saya seru kepada pengundi Pas boleh memberi undi kepada calon BN,” katanya.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.