Parti-parti diminta isytihar kerjasama, calon PM-Yang Dipertua

Parti-parti diminta isytihar kerjasama, calon PM-Azhar Azizan Harun

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun meminta parti-parti yang bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) supaya mengemukakan dokumen untuk membentuk kerajaan dengan parti lain serta menamakan calon Perdana Menteri.

Katanya, ia melibatkan parti yang memenangi jumlah kerusi yang signifikan pada PRU15.

“Mengemukakan nama parti-parti dan ahli-ahli Parlimen Bebas jika ada yang bersetuju untuk menganggotai gabungan yang mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan melalui surat akuan berkanun oleh ketua parti.

“Mereka juga diminta menamakan seorang daripada ahli Dewan Rakyat dalam gabungan mereka yang diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 melalui surat akuan berkanun dari setiap ahli Dewan Rakyat yang menganggotai gabungan tersebut yang dinyatakan dengan terang dan jelas,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, dokumen-dokumen yang tersebut perlu diserahkan ke Istana Negara selewat- lewatnya pada hari Isnin, 21 November 2022 sebelum jam 2 petang. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.