Orang Asli Sepang ikrar terus sokong BN

Orang Asli Sepang ikrar terus sokong BN

ANUAR Basiran (berdiri dua dari kiri) beramah mesra dengan penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Sepang, Selangor semalam. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Hujan renyai pada petang ternyata tidak menghalang lebih 200 penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tadom di sini hadir memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Berdasarkan maklum balas dan reaksi spontan mereka, masyarakat suku kaum Temuan yang menghuni perkampungan berusia lebih 100 tahun itu malah teguh menyokong BN tanpa jemu.

Keyakinan sama turut disuarakan calon parti berkenaan, Anuar Basiran dan berasa amat gembira melihat sokongan tidak berbelah bahagi penduduk ketika meninjau di lokasi itu.

“Insya-Allah, daripada riak wajah dan cara sambutan positif mereka, saya yakin BN tiada masalah menang kerusi Parlimen Sepang,” katanya dengan nada optimis ketika ditemui pemberita selepas ‘turun padang’ menghadiri program Santai Bersama Penduduk di perkampungan tersebut yang terletak dalam kawasan Pusat Daerah Mengundi Labuhan Dagang.

Lokasi berbukit tersebut mengandungi sejumlah 244 buah rumah dengan dihuni hampir 700 orang penduduk yang meliputi dua buah kampung berbeza iaitu Mutus Tua dan Paya Rumput dengan sebahagian besar masyarakat itu bekerja sebagai petani kebun dan buruh estet di ladang kelapa sawit terletak dalam kawasan dikenali Sungai Kelembau. 

Mengulas lanjut, Anuar, 45, berkata, komuniti etnik itu cukup menghargai jasa pihak kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Orang Asli di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Apabila banyak kemudahan awam sudah pun disediakan di perkampungan ini sejajar dengan imejnya yang berada tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pada masa sama ujar beliau, batin atau ketua kampung tersebut iaitu Hadi Anak Jembik juga optimis bahawa penduduk tidak pernah melupakan sumbangan kerajaan BN selama ini.

Anuar yang bakal berdepan saingan sengit lapan penjuru turut memberi jaminan akan tetap membela nasib kebajikan komuniti Orang Asli itu agar tidak ketinggalan menikmati arus pemodenan semasa seperti dirasai penduduk tempat lain.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya