Orang asli mahu Ahli Parlimen Jeli kerja kuat macam Tok Pa

Orang asli mahu Ahli Parlimen Jeli kerja kuat macam Tok Pa

MUSTAPA Mohamed (kanan) meluangkan masa menyantuni penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Rual, Jeli, Kelantan.UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Masyarakat Orang Asli Sungai Rual di sini mahu calon yang memenangi kerusi Parlimen Jeli pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti bekerja keras sebagaimana dilakukan Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa.

Rata-rata penduduk yang ditemui mengakui terkejut selepas mendapat tahu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen tersebut kali ini.

Seorang penduduk Samad Tualang, 27, berkata, pemimpin yang cakna seperti Tok Pa amat diperlukan masyarakat berkenaan bagi memastikan nasib mereka terus terbela.

Menurutnya, sejak menjadi wakil rakyat, Tok Pa kerap kali turun menyantuni dan membela nasib Orang Asli di kawasan ini.

“Boleh katakan setiap hujung minggu Tok Pa akan turun bertanya khabar mengenai masalah yang dihadapi oleh kami selain berusaha menyelesaikannya.

“Besar harapan kami agar pemimpin yang diberi mandat selepas ini dapat bekerja kuat sebagaimana yang dilakukan oleh Tok Pa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Bagi Zainal Dollah, 36, pula, dia mengharapkan pemimpin yang dipilih dapat menyelami dan mendalami nasib serta keperluan masyarakat Orang Asli.

Katanya, buat masa ini dia mengambil pendekatan tunggu dan lihat untuk memilih siapa pemimpin pada PRU15 nanti selepas Tok Pa membuat keputusan untuk tidak bertanding.

“Kami sangat memerlukan pemimpin seperti Tok Pa yang suka membantu rakyat di sini,” ujarnya.

Sebelum ini Tok Pa menerusi satu kenyataan mengesahkan beliau memutuskan untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Jeli atas faktor kesihatan.

Sebagai ganti, Setiausaha politiknya Zahari Kechik diumumkan sebagai calon Parlimen Jeli yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang akan bertanding menggunakan logo Pas sebagai rakan sekutu Perikanan Nasional (PN).

Tok Pa memenangi Parlimen Jeli atas tiket BN sejak tahun 1995 dan mempertahankan kerusi berkenaan selama enam penggal berturut-turut sebelum menyertai Bersatu.

Dalam PRU15 pada 19 November ini  Zahari bakal berdepan tentangan tiga lagi calon iaitu Dr. Muhammad Daud (Gabungan Tanah Air), Norwahida Patuan (BN) dan Md. Radzi Wahab (Pakatan Harapan).

PRU14 lalu, Tok Pa yang bertanding atas tiket BN menang dengan majoriti 6,647 menewaskan calon Pas dan PKR. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya