Mustahil PN dapat kumpul SD lebih 112 - PH 

Mustahil PN dapat kumpul SD lebih 112 – PH 

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan Perikatan Nasional (PN) memperoleh lebih 112 Akuan Bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, disifatkan pramatang, mustahil dan tidak konklusif.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu berdasarkan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa SD yang lain atau sebarang rundingan dengan parti lain adalah tidak sah. 

Beliau berkata, ini kerana Presiden UMNO itu juga menegaskan tindakan itu boleh menyebabkan mereka hilang kerusi seperti yang dipersetujui dalam SD yang ditandatangani sebelum ini. 

“Oleh yang demikian, Pakatan Harapan (PH) berpendirian bahawa kenyataan Setiausaha Agung PN (Datuk Seri Hamzah Zainudin) itu adalah pramatang, mustahil dan tidak konklusif berkait angka sokongan majoriti yang didakwa telah mereka capai,” katanya dalam kenyataan. 

Terdahulu, PN memaklumkan sudah menghantar SD kepada Istana Negara untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas mendakwa  memperoleh sokongan lebih 112 ahli Parlimen. 

Hamzah berkata, SD tersebut adalah daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri Ke-10. 

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution memaklumkan, PH sudah mula memasuki fasa rundingan yang serius dengan BN. 

Katanya, rundingan itu telah membincangkan perkara-perkara utama yang menyentuh tentang kestabilan politik dan pemulihan ekonomi, dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan. 

“Pada masa sama, kami mengambil maklum penafian Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bahawa satu kenyataan media yang tular menyatakan 10 Ahli Parlimen UMNO menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri adalah tidak benar,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya