MT BN tentukan kerjasama dengan PH atau PN

MT BN tentukan kerjasama dengan PH atau PN

PRN Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Keputusan sama ada menyokong Perikatan Nasional (PN) mahupun Pakatan Harapan (PH) akan ditentukan dalam majlis tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber, mesyuarat MT BN itu dijangka pada esok selepas berlangsungnya MT UMNO yang akan diadakan malam ini.

Dalam hal ini, BN telah melantik sebuah jawatankuasa terdiri yang daripada tujuh perunding, diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Hassan, Datuk Seri Dr Zambri Abd Kadir, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Datuk Seri M Saravanan, Arthur Joseph Kurup dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Rundingan BN dengan PH serta BN dan PN sudah selesai dan malam ini, DS Mohamad Hassan akan bawa ke mesyuarat MT UMNO utk pandangan MT.

“Esok pagi, akan bawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi BN. Selepas itu barulah akan dibentangkan kepada 30 MP BN,” jelas sumber yang memberitahu Utusan Online, sebentar tadi.

Jelas sumber lagi, sewaktu rundingan dengan PH, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO tidak dilibatkan, dan rundingan dengan PN pada hari ini tidak dihadiri Ahmad Zahid kerana demam, maka ia diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Hassan.

“Perunding-perunding yang dilantik ini tidak boleh buat keputusan. Semua keputusan akan ditentukan oleh MT UMNO dan MT BN,” ujarnya lagi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya