Mesyuarat BN tanpa sebarang kenyataan

Mesyuarat BN tanpa sebarang kenyataan

PRN Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertemuan pemimpin pemimpin  Barisan Nasional (BN) petang tadi dipercayai membincangkan kerjasama dengan gabungan lain bagi membentuk kerajaan bukan sahaja tidak mengeluarkan sebarang kenyataan malah cubaan pengamal media untuk mendapat ulasan selepas mesyuarat Dewan Tertinggi gabungan itu  tidak berhasil apabila mereka dikatakan sudah pulang awal tanpa dikesan.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh salah seorang ahli BN kepada pengamal media yang berkumpul di pintu masuk ibu Pejabat UMNO di sini, petang tadi.

Terdahulu, beberapa pemimpin BN dilihat tiba di Ibu Pejabat gabungan tersebut bagi menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi gabungan itu.

Mereka adalah Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dan Presiden MIC, SA Vigneswaran serta Timbalannya, M Saravanan.

Turut kelihatan Ketua Penerangan Umno yang baru dilantik, Isham Jalil diikuti Ketua Umno Melaka, Abd Rauf Yusoh.

Difahamkan, mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu akan membincangkan kerjasama melibatkan gabungan parti lain bagi membolehkan kerajaan ditubuh selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15)

Bagaimanapun satu mesyuarat susulan Dewan Tertinggi BN dijangka diadakan pagi esok. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya