MCA gesa Ahmad Zahid letak jawatan, diganti Tok Mat

MCA gesa Ahmad Zahid letak jawatan Pengerusi BN, diganti Tok Mat

pru15
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MCA menggesa Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan digantikan dengan Datuk Seri Mohamad Hasan seperti saranan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu semalam.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, Ahmad Zahid tidak layak memimpin BN susulan sepucuk surat yang didakwa dihantar ke Istana Negara semalam untuk memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Katanya, keputusan itu  bukanlah dibuat secara konsensus dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam.

“Sebaliknya, Dewan Tertinggi BN kekal dengan pendirian berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak buat masa ini.

“Apa yang berlaku dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi, MCA dan parti-parti komponen BN telah mempersoal tindakan Ahmad Zahid yang dilihat secara jelas bercanggah dengan apa diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN. 

“Pada mulanya beliau cuba menafikan mengenai surat tersebut, namun mengakuinya selepas salah seorang anggota Dewan Tertinggi BN mengemukakan bukti sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sepucuk surat yang dihantar Ahmad Zahid ke Istana Negara yang kononnya 30 Ahli Parlimen BN sebulat surat memberikan kepercayaan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sehubungan itu, Sin Woon berkata, surat yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong itu secara jelas melanggar ketetapan dibuat oleh Dewan Tertinggi BN dan mempersembah maklumat salah kepada Seri Paduka.

“Justeru, MCA percaya Ahmad Zahid tidak lagi layak memimpin BN sebagai Pengerusi dan sekali lagi menggesa agar beliau meletakkan jawatan secara terhormat seterusnya digantikan dengan Datuk Seri Mohamad seperti yang disarankan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi,”  katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya