MBSJ rangkul Anugerah Kejiranan Hijau 2022 ketegori PBT - Utusan Malaysia

MBSJ rangkul Anugerah Kejiranan Hijau 2022 ketegori PBT

mbsj
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah berjaya memenangi tempat pertama menerusi Anugerah Kejiranan Hijau 2022 Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya atau perbadanan yang telah berlangsung pada 1 April 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Hadiah kemenangan berbentuk wang tunai berjumlah RM 5,000.00 telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Datuk M Noor Azman Taib, kepada Datuk Bandar Subang Jaya, DatUK Johary Anuar, bersama Pengarah Perancangan Bandar MBSJ, Ismail Muhammad,  pada 8 November 2022 (Selasa) bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2022.

Anugerah Kejiranan Hijau (AKH) 2022 merupakan penghargaan di peringkat nasional yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, komuniti dan individu atas usaha dalam melaksanakan inisiatif pembangunan kejiranan hijau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya