Maut ditikam akibat hubungan sulit dengan isteri orang

Warga emas maut ditikam akibat hubungan sulit dengan isteri orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, seorang lelaki warga emas maut ditikam berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussien Onn di sini, Kajang, semalam. 

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, hasil pemeriksaan dan rawatan awal di Hospital Serdang mendapati, mangsa mengalami kecederaan serius akibat tikaman mengenai bahagian paru-paru kanan selain terdapat kesan tikaman benda tajam di paha dan bahu kanan. 

Katanya, mangsa berusia 71 tahun itu ditempatkan di Wad Kecemasan Zon Merah hospital itu dan menggunakan alat bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.05 pagi ini. 

“Hasil maklumat diterima membawa kepada tangkapan melibatkan sepasang suami isteri di sekitar kawasan Hospital Serdang dan Kuala Lumpur, hari ini. 

“Kedua-dua suspek berusia 45 tahun dan  51 tahun  diberkas sepasukan anggota polis dari Cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang kira-kira pukul 1.30 pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Mohd. Zaid, siasatan dijalankan mendapati suspek seorang lelaki mengaku mencederakan mangsa semasa berada di kawasan parkir kenderaan sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussien Onn. 

Ujarnya, punca kejadian dipercayai kerana suspek marah hubungan intim antara isterinya dengan mangsa.

“Ketika kejadian, isterinya sedang berdua bersama mangsa di dalam kenderaan di lokasi tersebut.

“Susulan itu, beberapa barangan turut dirampas polis termasuk kenderaan milik mangsa, empat telefon bimbit, pakaian suspek dan resit pembelian senjata pisau bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua saspek yang diberkas  direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya