Marsha sebak lihat keadaan Nad Zainal

Marsha sebak lihat keadaan Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Marsha Milan Londoh terkenangkan rakan baiknya, Nad Zainal ketika membawakan lagu Kembali Terang pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, kelmarin.

Apatah lagi, katanya, hubungan mereka sangat rapat dan saling bertanya khabar kerana berada dalam kumpulan WhatsApp yang sama dengan beberapa rakan artis lain.

Jelasnya, lirik lagu yang disampaikan seakan-akan menyamai situasi yang dialami pelakon itu membuatkan dirinya lebih sebak ketika membawakan lagu tersebut.

“Lirik lagu ini seperti kita meluahkan kerinduan pada seseorang. Kita semua ternanti-nantikan Nad untuk bangun dan bangkit semula.

“Marsha masih terngiang-ngiang dan teringatkan dia sebab kami ada kumpulan WhatsApp bersama. Dari dulu kami berjanji hendak jumpa disebabkan masing-masing sibuk dengan urusan kerja.

“Apabila melihat keadaannya tempoh hari, Marsha sedih sangat sebab kami memang rapat,” katanya.

Marsha antara 12 finalis yang berjaya mara ke kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-37 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari depan.

Lagu Kembali Terang merupakan ciptaan komposer Senna dan Ajin, manakala lirik ditulis Ajin.

Berkongsi pengalaman semasa melawat Nad di hospital, Marsha berkata, ramai rakan artis lain datang dan memberikan kata semangat kepada pelakon itu.

“Marsha berpeluang jumpa Nad di hospital dan memberitahunya supaya kuat demi anak-anak. Walaupun Marsha belum melalui pengalaman menjadi ibu, Marsha sebak melihat anak-anaknya yang masih kecil.

“Kita tahu dia sebenarnya mendengar dan Ungku Ismail ada berpesan supaya kita memberikan kata semangat kepada Nad untuk terus kuat serta bangkit semula,” jelasnya.

Baru-baru ini, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital kerana mengalami masalah jangkitan paru-paru sehingga terpaksa ditidurkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.