Manchester United akhirnya "buang" Ronaldo

Manchester United akhirnya “buang” Ronaldo

ERIK Ten Hag dan Ronaldo bertegang urat di Manchester United.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United mengesahkan penyerang, Cristiano Ronaldo tidak lagi bersama dengan kelab itu berkuatkuasa serta merta selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Ia susulan tindakan pemain berusia 37 tahun itu membuat kenyataan kontroversi dalam satu temubual bersama Piers Morgan tempohari.

Dalam temubual itu, Ronaldo mendakwa dirinya dikhianati oleh beberapa individu dalam pasukan, selain tidak lagi mempunyai rasa hormat kepada penggendali pasukan, Erik ten Hag.

Ronaldo yang mempunyai kontrak sehingga Jun tahun hadapan dibayar sebanyak 500,000 pound (RM 2.7 juta) seminggu akan meninggalkan kelab itu tanpa sebarang pampasan.

United sebelum ini telah pun melantik pihak peguam untuk meneliti tindakan yang boleh diambil ke atas Ronaldo kerana telah melanggar kontrak, bagaimanapun pihaknya ambil keputusan untuk melepaskan Ronaldo dan pemain itu kini bebas beraksi untuk mana-mana pasukan.

“Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United atas persetujuan bersama, dan ini berkuatkuasa serta merta.

“Pihak pasukan mengucapkan terima kasih atas segala sumbangannya sepanjang berkhidmat di Old Trafford,” jelas pasukan itu menerusi satu kenyataan ringkas.

Ronaldo kini bersama skuad Portugal di Doha, Qatar dan dalam persiapan untuk menghadapi perlawanan pertama Piala Dunia kumpulan H menentang Ghana pada Sabtu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya