Malaysia perlu PM boleh buat kerja  - Ku Li

Malaysia perlu PM boleh buat kerja  – Ku Li

TENGKU Razaleigh Hamzah (empat dari kiri) bersama Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), di Balai Rakyat Bukit Cekati di Gua Musang, Kelantan hari ini. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri yang boleh bekerja dan mempunyai keupayaan mengangkat martabat serta memakmurkan negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini, rakyat perlu memilih parti yang menampilkan calon berkebolehan untuk bekerja selepas diberi mandat  menjadi pemimpin dalam memulihkan semua negara selepas serangan Covid-19.

“Calon PM perlu memiliki kekuatannya tersendiri dan bukan seorang boneka yang begitu lemah, tidak memiliki kekuatan jati diri dan mudah tunduk kepada tekanan.

“Jadi kita nak kepada orang bukan nak isi jawatan tetapi mestilah berkelayakan dan boleh bekerja. Kena kerja, kalaulah kerja satu hari 12 jam, jadi sekarang kita nak orang yang bekerja 20 jam,” katanya selepas Majlis Perjumpaan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), di Balai Rakyat Bukit Cekati di sini, hari ini.

Tengku Razaleih yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang berkata, untuk menubuhkan sebuah kerajaan cekap dan stabil, pengundi perlu membuat pilihan bijak dengan memilih calon terbaik.

“Apa guna kita dipilih sebagai wakil rakyat, kalau kita tak boleh baiki semua ini (keadaan ekonomi)? Jadi kalau kita nak pilih, pilihlah orang yang boleh buat kerja dan boleh menyumbang kepada membaiki keadaan hidup rakyat.

“Tetapi saya punya cadangan, pilih orang yang benar-benar boleh menjalankan tugas dengan dedikasi, setia dan sebagainya. Kita nak kepada orang yang boleh buat kerja. Jadi saya rasa kita nak tubuh sebuah kerajaan yang competent (cekap atau layak). Kerajaan yang boleh melaksanakan semua program di hasratkan oleh rakyat sebagaimana yang dijanjikan,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.