Lebih 40 tahun masih guna laluan tanah merah

Lebih 40 tahun masih guna laluan tanah merah

sabah
JALAN tanah merah yang masih digunakan penduduk Kampung Melangkap, Kota Marudu, Sabah. – UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA MARUDU: Mendapat jolokan sebagai daerah termiskin di Malaysia bukan sesuatu yang membanggakan dan hakikat itu terpaksa ditelan oleh penduduk kampung di sini.

Penduduk di Mukim Marak Parak rata-rata menyatakan akses jalan raya yang masih berbatu sungai dan laluan ta­nah merah antara perkara yang perlu diberi perhatian serius dan dinaik taraf dengan segera.

Bagi Johman Seleh, 27, dia akui masih banyak kemudahan infrastruktur perlu dibangunkan, terutama di kawasan kampung yang berada jauh di pedalaman.

“Tanggapan orang luar kami berada di daerah termiskin, kami akui kerana kami juga rasa sebegitu. Rasanya mungkin ini kerana sikap pilih kasih pemimpin yang hanya memberi keutamaan pembangunan di kawasan bandar sahaja.

“Jika dilihat keadaan jalan raya di kampung saya, di Kampung Pompodon masih lagi laluan tanah merah yang berlubang-lubang dan berbatu besar. “Pada musim hujan, keadaan jalan raya bertambah teruk dan tidak boleh dilalui kenderaan kecil kerana jalan agak licin dan berlumpur.

“Itu sebabnya ramai pendu­duk di sini menggunakan motosikal dan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan pergerakan keluar dan masuk ke pekan,” katanya .

Johman berkata, sekiranya jalan raya rosak, ia mendatangkan kesukaran kepada mereka untuk membawa keluar hasil pertanian ke pekan.

 

Menurutnya, mukim itu mem­punyai lebih 20 kampung yang menempatkan kira-kira 4,000 orang penduduk tapi, kebanyakan jalan kampung ma­sih lagi laluan tanah merah.

Turut berkongsi masalah yang sama ialah Jeripin Antalip, 44, yang menyatakan Kampung Melangkap Tengah juga masih menggunakan jalan ta­nah merah sehingga sekarang. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya