Langgan Astro ditolak permohonan JKM, Shahril Hamdan mahu ubah kerenah birokrasi

Langgan Astro ditolak permohonan JKM, Shahril Hamdan mahu ubah kerenah birokrasi

SHAHRIL SUFIAN Hamdan berbual mesra dengan seorang warga emas Sapiah Manap, 85, sewaktu Program Ziarah Kasih di Kampung Rembia, Solok Jeram, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan memberi jaminan menyelesaikan kerenah birokrasi yang dihadapi masyarakat berpendapatan rendah, berikutan sering gagal mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Penerangan UMNO itu berkata, sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau banyak menerima aduan golongan memerlukan di Parlimen berkenaan yang mendakwa, amat susah mendapat bantuan tersebut.

Lebih pelik katanya, ada di antara pemohon mendakwa, permohonan ditolak dengan alasan di rumah mereka mempunyai perkhidmatan siaran televisyen berbayar, Astro.

“Banyak lawatan rumah ke rumah yang saya lakukan memberi pendidikan dan salah satunya, saya nampak adalah birokrasi JKM yang mungkin proses dan prosedur mendapat bantuan itu sedikit sukar dan rumit.

“Sebagai contoh rumah mereka yang mempunyai Astro, memang susah sikit nak dapat bantuan sedangkan mungkin Astro itu dipasang di rumah oleh anak mereka.

“Adanya Astro tidak mencerminkan kedudukan kewangan keluarga isi rumah di situ. Ini merupakan salah satu perkara dasar yang hendak saya laksanakan bagi mencari jalan mempermudahkan proses permohonan, khusus kepada golongan yang memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih di Kampung Rembia, Solok Jeram di sini hari ini.

Tambah Shahril, jika diberi mandat selepas PRU15, masalah yang tidak disenaraikan dalam 13 tawaran manifestonya itu turut akan diselesaikan secepat mungkin.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan JKM di peringkat pusat dan daerah bagi mencari jalan, bagaimana proses dan prosedur bantuan tersebut dapat dipermudahkan. Selain isu pemilikan Astro, bukan menjadi kriteria untuk ditolak agensi tersebut.

“Mungkin niat penjawat awam itu betul tetapi kami yang bergelumang dengan masyarakat lebih tahu realiti sebenar. Kenapa tidak prosedur bantuan JKM dipermudahkan supaya lebih mesra rakyat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya