KKM sentiasa pantau produk konjak jeli

KKM sentiasa pantau produk konjak jeli

CONTOH produk konjac jeli di pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan produk konjak jeli di Malaysia dikawal di bawah Peraturan 139 (konfeksi sajian) dan juga Peraturan 139 A (konfeksi jeli terkawal).

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanannya, Norrani Eksan berkata, produk itu sentiasa dipantau di pasaran secara berterusan.

Beliau berkata, berdasarkan data pemantauan dari 2018 hingga kini, sebanyak 649 produk jeli disampel dan 352 daripadanya adalah produk konjak jeli. 

“Enam sampel produk jeli dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan dikenakan tindakan penarikan balik produk oleh KKM.

“Mengikut Peraturan 139 (Konfeksi Sajian), jeli dengan diameter melebihi 45 milimeter dan ia boleh mengandungi konjak. 

“Manakala, Peraturan 139A (konfeksi jeli terkawal) menetapkan jeli dengan diameter kurang atau sama dengan 45 milimeter, ia tidak boleh mengandungi konjak,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, label produk bagi kategori 139A ini juga hendaklah mengandungi pernyataan amaran iaitu ‘Boleh Menyebabkan Risiko Tercekik’ dan perkataan ‘Tidak Sesuai Bagi Kanak-Kanak Dibawah Umur 3 Tahun’.

Norrani berkata, pihaknya sedia maklum mengenai isu tular di media sosia kononnya konjak jeli didakwa berbahaya dan boleh memberi risiko kepada kanak-kanak.

Menurutnya, isu ini menjadi perhatian sejak tahun 2001 apabila terdapat laporan penjualan konjak jeli yang mempunyai risiko tercekik pada kanak-kanak.

“Dalam hal ini, ibu bapa dinasihatkan untuk memantau pengambilan produk konjak jeli oleh anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Konjak adalah sejenis tumbuhan yang tinggi dengan kandungan serat yang dipanggil qlukomannan atau disebut juga konnyaku, konjonac atau serbuk taro atau tepung keladi.

Pihak industri menggunakan bahan aditif makanan tersebut yang berfungsi sebagai bahan pemekat dalam penghasilan jeli. 

Produk konjak jeli mempunyai tekstur yang kenyal, sukar larut ketika di dalam mulut dan sukar untuk ditelan berbanding produk jeli yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya