King Aiman ceriakan saingan DUN Tioman

King Aiman ceriakan saingan DUN Tioman

SULAIMAN Bakar kanan bertemu pengundi Tionghoa di sebuah restoran di bandar Rompin, Pahang. - MINGGUAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Kehadiran calon Bebas, Sulaiman Bakar menceriakan suasana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman kerana gelagatnya yang mencuit hati pasti membuatkan ramai terhibur.

Telatah lucu dan bersahaja calon itu yang mesra dipanggil King Aiman membuatkan orang ramai terhibur tidak kira dewasa atau kanak-kanak.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Sulaiman, 57, berkata, beliau seorang yang ceria dan suka ketawa yang mana sikapnya itu bukan dibuat-buat.

“Siapa saja yang saya jumpa, kenal ataupun tidak, beginilah sikap saya happy go lucky,” katanya pesara guru tersebut di sini semalam.

Mengulas penyertaannya dalam PRU15 DUN Tioman, Sulaiman berkata, ini adalah kali pertama beliau mencuba nasib bertanding dalam pilihan raya.

“Saya lihat yang sedang bersaing sengit ketika adalah Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN). Saya ini sekadar untuk buat kacau-kacau sahaja.

“Untuk saya menang, ia bukan mudah tapi saya kalau menang ia suatu di luar jangkaan,” katanya yang menggunakan logo udang.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan memberi cuti pada 7 Disember ini bagi membolehkan pengundi luar pulang mengundi.

“Hari pengundian pada hari Rabu jadi dibimbangi pengundi luar tidak dapat balik ke kampung untuk mengundi.

“Jadi, sewajarnya kerajaan mempertimbang cuti pada hari berkenaan, saya juga harap pengundi luar dapat pulang ke kampung menunaikan tanggungjawab mengundi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya