Keyakinan KJ jadi PM perlu dilihat dari sudut positif

Keyakinan KJ jadi PM perlu dilihat dari sudut positif

ANNUAR Musa (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Karnival Komuniti Esports Keluarga Malaysia @Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tan Sri Annuar Musa menyifatkan keyakinan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin atau KJ untuk menjadi Perdana Menteri pada masa depan perlu dilihat dari sudut positif.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh berkata, KJ merupakan salah seorang calon yang mempunyai personaliti, ‘track rekod’ dan selain ‘berjiwa besar’ apabila sanggup bertanding di kawasan yang sukar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Itu satu pernyataaan keyakinan diri yang sangat bagus dan pada saya itu adalah antara sifat-sifat yang mempunyai keyakinan diri, tidak ada ‘influent complex’ dan dia masih menyatakan komitmennya

“Malah saya mengakui bila dia membuat kenyataan sedemikian, sambutan yang diterima begitu hangat sekali,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Komuniti Esports Keluarga Malaysia @Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor, di sini hari ini.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia memberitahu, segala penyataan hasrat yang dibuat oleh KJ adalah untuk masa akan datang.

“Walau bagaimanapun, dia (Khairy) masih tetap dengan kenyataannya sebelum ini bahawasanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon tunggal untuk menjadi Perdana Menteri apabila Barisan Nasional (BN) dapat membentuk kerajaan selepas PRU15,” ujarnya.

Utusan Malaysia 9 November lalu melaporkan, KJ menyatakan hasrat beliau untuk memimpin UMNO dan negara satu hari nanti.

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau itu bagaimanapun berkata, ia bukanlah selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika BN mendapat mandat rakyat membentuk kerajaan.

Jelasnya, beliau akan menyokong calon BN Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dan beliau boleh menunggu untuk memimpin parti dan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya