Ketua Polis Negara nafi hubungi Anwar - Utusan Malaysia

Ketua Polis Negara nafi hubungi Anwar

ACRYL Sani Abdullah Sani ketika sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani menafikan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa dihubungi beliau dalam satu ceramahnya ketika berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, dakwaan berhubung dakwaan terbabit sama sekali tidak benar.

Bagaimanapun katanya, tiada apa-apa tindakan diambil pihaknya setakat ini.

“Saya ada terlihat video kenyataan beliau (Anwar) dan boleh sahkan ia sesekali tidak benar.

“Mungkin ia tersalah cakap oleh beliau, dalam keadaan berkempen perkara-perkara di luar daripada perancangan atau pertuturan seumpamanya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini hari ini.

Semalam tular video kenyataan Anwar dalam satu ceramah ketika berkempen yang mendakwa telah dihubungi KPN mengarahkan beliau bersedia.

Ini susulan dakwaannya bahawa PH telah mendapat majoriti 112 kerusi bagi membentuk kerajaan.

“Semalam saya di Kangar, Kuantan, Shah Alam, Bandar Tun Razak, Titiwangsa.. Dengar-dengar keputusan, PH telah mencecah 112.

“Maka, Ketua Polis Negara terus hubungi minta siap sedia, mudah-mudahan insyaAllah, kita angkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baharu,” dakwanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya