Kerajaan Terengganu nafi dakwaan rasuah pengundi 

Kerajaan Terengganu nafi dakwaan rasuah pengundi 

HANAFIAH MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri menolak dakwaan memberi rasuah kepada pengundi apabila mengagihkan wang pelbagai jenis bantuan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Ahmad Said membuat fitnah tersebut selepas Barisan Nasional (BN) semakin hilang sokongan daripada rakyat.

“Ahmad Said kata agihan i-OKU, Pencen Rakyat RM600 serta i-Belia dalam tempoh berkempen adalah untuk merasuah pengundi.

“Dakwa beliau lagi, peruntukan itu tiada dalam bajet kerajaan negeri dan tidak pernah dibawa ketika pembentangan bajet kerajaan negeri.

“Ini jelas satu penipuan bagi menjejaskan imej Pas di mata rakyat, padahal peruntukan itu sudah dibentangkan dan ada dilaporkan dalam portal berita, boleh rujuk dan buat carian secara dalam talian,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Menurut Hanafiah lagi, agihan pada bulan November ini sudah lama dirancang dan dihebahkan kepada semua.

“Tidak timbul isu kami sengaja membuat agihan pada waktu ini semata-mata ingin meraih undi, kami sudah rancang lama, permohonan bantuan seperti pencen rakyat ada yang dibuka awal tahun ini, boleh rujuk semula kenyataan-kenyataan yang ada.

“Bagi i-belia pun sama, sudah dibentangkan dalam sidang Bajet 2022, permohonan dibuka bulan September sehingga Oktober, kemudian agihan dibuat pada bulan ini.

“Kami tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan dan kami juga mendesak supaya Parlimen dibubarkan tahun depan tetapi Perdana Menteri daripada parti beliau yang bubarkan, kami kerajaan negeri terus jalankan amanah seperti biasa,” tambah beliau.

Semalam, Ahmad Said menggesa siasatan segera dilakukan terhadap kerajaan Pas Terengganu yang didakwa mengagihkan wang kepada rakyat dalam tempoh kempen PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.