Kempen sentuh sensitiviti agama, kaum: Rafizi Ramli buat laporan 

Kempen sentuh sensitiviti agama, kaum: Rafizi Ramli buat laporan 

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah menerima satu laporan daripada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung kempen yang dipercayai berunsur sensitiviti agama dan kaum.

Laporan berkenaan dibuat calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pandan itu di Balai Polis Ampang pukul 11.38 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, antara isu kandungan laporan polis itu berkaitan satu video kempen ceramah Ketua Pemuda Pas Sik Kedah, Shahiful Nasir yang menyatakan pengundi yang mengundi BN (Barisan Nasional) dan PH akan masuk neraka.

Kata beliau, selain itu, Rafizi turut melaporkan kandungan video ucapan yang dibuat oleh pelakon, Zul Huzaimy yang menyatakan akan menyembelih orang kafir harbi.

“Laporan dibuat bertujuan memohon siasatan dijalankan kerana merasakan kandungan dua video itu boleh menyebabkan ketidak ketenteraman orang awam.

“Semakan dilakukan mendapati satu kertas siasatan sudah dibuka bersabit dengan laporan di Alor Setar, Kedah bagi isu video yang tular membabitkan Shahiful mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Mohamad Farouk, satu lagi kertas siasatan dibuka bersabit dengan laporan di Chukai, Kemaman, Terengganu membabitkan video tular pelakon berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 506/505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN